Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Karnival pertanian mampu atasi lambakan hasil

ABD. AZIZ DERASHID (tiga dari kanan) bersama guru dan pelajar
ABD. AZIZ DERASHID (tiga dari kanan) bersama guru dan pelajar yang menyertai Program Kemuncak Kerjaya 2017 anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan di SMK Kadok, Kota Bharu, Kelantan, semalam. utusan/Rosni Masri

KOTA BHARU 12 Sept. - Penganjuran karnival per­tanian dilihat sebagai alternatif terbaik yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam mengatasi lambakan hasil pertanian di negara ini.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kelantan Datuk Abd. Aziz Derashid berkata, kebanyakan negara luar khusus­nya rantau Eropah menganjurkan program tersebut bagi membantu petani daripada berdepan dengan kerugian.

“Konsep ini saya lihat ketika berkunjung di Eropah dan ia berlangsung dalam suasana penuh meriah kerana diselang-seli de­ngan pelbagai acara sampingan menarik.

“Bagi saya tidak salah kita cuba praktikkan perkara ini di Malaysia. Bila ramai pengunjung, secara tidak langsung para petani dapat memasarkan barangan keluaran mereka dengan mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyem­purnakan penutupan Program Kemuncak Kerjaya 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kadok, di sini hari ini.

Program anjuran anak syarikat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) iaitu Nafas Modal Insan Sdn. Bhd (NMISB) itu disertai seramai 180 pelajar dari 42 buah sekolah sekitar daerah ini.

Yang turut hadir Eksekutif NMISB Mohd. Aslam Fathi Amran.

Dalam pada itu, Abd. Aziz mengingatkan para petani supaya menjual hasil pertanian yang berkualiti kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Katanya, ada segelintir petani yang tidak bertanggungjawab menjual hasil tanaman kurang baik kepada FAMA sekali gus menyebabkan agensi kerajaan itu sukar untuk memasarkannya.

“Jadi bagi saya, hindarilah sikap tersebut kerana kerajaan sentiasa komited dalam membantu para petani khusunya melalui FAMA untuk memasarkan hasil.

“Jika jual yang tidak baik, bagaimana FAMA hendak pasarkan hasil tersebut nanti. Bila tidak laku kerajaan juga akan dipersalahkan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain