Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Karnival Gegar 10,000 langkah meriah

Karnival Gegar 10,000 langkah meriah
DATUK Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher bersama anggota Kelab Doktor Muda selepas merasmikan sambutan Kemerdekaan ke-60 dan Karnival Gegar Merdeka 10,000 Langkah Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/TOREK SULONG

PASIR PUTEH 10 Sept. - Hospital Daerah Tanah Merah tampil juara pertandingan perbarisan sempena Karnival Gegar Merdeka peringkat Jabatan Kesihatan Kelantan, di Padang Kompleks Kamil, dekat sini, hari ini.

Seramai 40 kakitangan hospital tersebut yang memperagakan keseragaman pakaian ‘wira’ pemusnah nyamuk aedes membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.

Pusat Kesihatan Daerah (PKD) pula muncul juara pertandingan keceriaan hospital dan PKD Kuala Krai mengungguli kategori keceriaan fizikal bangunan yang bertemakan Hari Kebangsaan.

Pertandingan kreativiti pula dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Janggut, dekat sini, yang turut memeriahkan program sempena bulan kemerdekaan negara.

Empat kategori pertandingan itu turut menyediakan hadiah sebanyak RM700 untuk tempat kedua dan RM500 untuk tempat ketiga.

Sebanyak 26 kontinjen jabatan kesihatan dan agensi kerajaan menyertai program patriotisme yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki itu.

Yang hadir sama, Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain