Imam masjid itu, Zulkurnain Awang Noh berkata, program tersebut yang berakhir hari ini melibatkan golongan muda ber­usia tujuh hingga 17 tahun.

Menurutnya, program itu dijayakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan para ibu bapa peserta pula hanya perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM1.

“Sepanjang program, para peserta bermalam di masjid kerana aktiviti pembelajaran dan riadah dijalankan sepenuh masa terma­suk program qiamullail.

“Selain ibadat solat, kita turut mendedahkan peserta dengan pelbagai amalan sunnah dalam kehidupan seharian seperti penjagaan diri dan adab pergaulan harian serta kelas membaca dan menghafal al-Quran,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Zulkurnain berkata, pembelajaran solat pula tidak hanya me­libatkan solat fardu, sebaliknya pelajar didedahkan dengan pelbagai solat sunat.

“Program ini akan diteruskan setiap kali musim cuti persekolahan kerana ianya mampu mendekatkan generasi muda dengan masjid.

“Fungsi masjid dapat dilebarkan bukan hanya sebagai rumah ibadat tetapi berfungsi sebagai institusi masyarakat dalam skop yang lebih luas,” katanya.