NUR AIN ARYANIE ZAMRY diserang beruk di Kampung Sat Tengah, Tanah Merah, Kelantan, baru-baru ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa Nur Ain Arya­nie Zamry, 9, dipercayai sedang berjalan pulang dari sekolah bersama dua rakannya.

Mangsa dikatakan singgah di kawasan beruk itu diikat dan bermain di situ sebelum secara tiba-tiba di­serang beruk yang ditambat di hadapan rumah pemiliknya.

Haiwan itu dikatakan menye­rang dan mencakar dahi mangsa sebelum diselamatkan rakannya dengan menggunakan sebatang kayu.

Dalam keadaan kesakitan, mang­­sa meluru mendapatkan ibunya yang menjual keropok dan minuman di kawasan itu.

Sementara itu, ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Su, 30, berkata, dia terkejut apabila melihat anaknya menangis dan berlumuran darah.

“Dia hanya cakap diserang beruk dan saya tanpa banyak soal terus membawanya ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut.

“Memang terkejut, namun saya masih bersyukur anak saya selamat dan diberi rawatan sebagai pesakit luar,” katanya.