Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KADA sedia peruntukan RM500,000

Bantu peserta Azam Tani beli pelbagai peralatan

Md. Alwi Che Ahmad (dua dari kiri)  menyampaikan bantuan kepada
Md. Alwi Che Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kepada peserta dalam majlis penyampaian Mesin dan Peralatan Projek Bantuan Azam Tani di PPK Sungai Ketereh, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

KOTA BHARU 13 Ogos - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk bantuan peralatan kepada peserta Azam Tani di negeri ini tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, peruntukkan berkenaan membabitkan 50 peserta yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, bantuan peralatan itu membabitkan mesin jahit, peralatan untuk kedai makan dan kedai runcit, mesin rumput serta motosikal roda tiga.

“Projek Azam Tani ini wajar diperbesarkan lagi kerana ia benar-benar membantu untuk me­ningkatkan pendapatan peserta.

“Setiap peserta diberi ke­lengkapan bernilai sehingga RM20,000 seorang mengikut jenis perniagaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pe­nyampaian Mesin dan Peralatan Projek Bantuan Azam Tani di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Ketereh di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 20 peserta Azam Tani menerima pelbagai jenis peralatan dengan peruntukan berjumlah RM180,000.

Md. Alwi berkata, setiap tahun, pihaknya menerima banyak permohonan untuk menyertai Projek Azam Tani.

“Kita ingin mengucap terima kasih kepada kerajaan yang menyediakan peruntukan untuk projek di bawah KADA itu,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta, Sharifah Abdul Fatah, 42, bersyukur dan berterima kasih di atas bantuan yang diberikan oleh KADA untuk meningkatkan pendapatannya sebagai tukang jahit.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain