Ahli Lembaga Pengarah KADA, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, jumlah tersebut membabitkan seramai 159 penerima dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu.

Menurutnya, bantuan itu merangkumi peralatan pertanian dan ternakan dalam usaha menambah pendapatan para petani di kawasan tersebut.

“Peruntukan besar  merupakan salah satu usaha kerajaan persekutuan untuk membantu petani menambah pendapatan dalam kalangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Peningkatan Pendapatan Petani Berskala Kecil bagi tahun 2017 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE