Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KADA , Nik Ros­lan Idris berkata, program ber­kenaan adalah salah satu usaha untuk mengeratkan hubungan petani dengan pihaknya menerusi aktiviti bersama.

Menurutnya, enam kawasan yang terlibat ialah Kota Bharu Utara dan Selatan, Pasir Mas, Bachok, Pasir Puteh serta Tumpat.

“Road To GTN ini akan bermula esok di Kampung Tapang yang akan melibatkan 300 petani serta penduduk setempat.

Menerusi program ini, kita akan bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan tali air,” katanya dalam Majlis Persaraan Ketua Pegawai KADA Jajahan Tumpat, Rosli Hassan di Ibu Pejabat KADA Lundang di sini hari ini.

Tambah Nik Roslan, program itu adalah salah satu cara untuk memberi kesedaran kepada petani tentang tanggungjawab menjaga infrastruktur serta kemudahan yang disediakan.

“Jika dahulu, petani akan sentiasa mengamalkan aktiviti gotong-royong untuk membersih­kan kawasan terutamanya kemu­dahan pengairan dan saliran yang ada.

“Namun sekarang, amalan ini semakin berkurang dan hanya bergantung kepada kerajaan sahaja untuk menyelenggara segala kemudahan,” katanya.