Set Zuriat Adam dan Hawa merupakan produk terbaharu keluaran syarikat itu yang dirumus khas bagi menambah kesuburan lelaki dan wanita sekali gus membantu pasangan suami isteri mendapatkan zuriat.

Pengarah Urusan Jamu Nenek, Norzafirah Che Omar, 30, berkata, produk itu dijamin selamat kerana mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan dihasilkan melalui kilang berstatus Amalan Perkilangan Baik (GMP).

Katanya, ramuan produk tersebut adalah campuran 200 jenis herba semulajadi tanpa bahan pengawet dan diamalkan turun-temurun sejak 1982 secara tradisional.

“Set Zuriat Adam dan Hawa dihasilkan daripada tumbuhan seperti senna, kunyit, saffron, pulut, ulam-ulaman, bunga-bungaan, biji-bijian dan makanan sunnah,” katanya ketika majlis pelancaran produk tersebut di kilang Seri MH Ummi Sdn. Bhd., Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Pelancaran Set Zuriat Adam dan Hawa disempurnakan oleh Penasihat Seri MH Ummi Sdn. Bhd, Abdullah A. Beeran dan turut dihadiri Pengasas Jamu Nenek, Shamsiah Zakaria.

Set Zuriat Adam dan Hawa dijual pada harga RM25 sebotol dan setiap botol mengandungi 50 biji kapsul.

Norzafirah dalam pada itu berkata, Jamu Nenek turut mempelawa orang ramai terutama suri rumah di negeri ini untuk menjadi ejen dan stokisnya bagi menjana pendapatan sampingan.

“Kami akan memberi tunjuk ajar kepada ejen dan stokis tersebut selok-belok perniagaan terutama kaedah mempromosikan produk secara atas talian.

“Selain itu, kami akan melatih mereka menjadi seorang ahli perniagaan yang lebih berkeyakinan tinggi ketika berdepan dengan orang ramai,” katanya. - UTUSAN ONLINE