Presiden Anita Bikers, Anita Yusof berkata, program tersebut julung kali diadakan bersama kelab lain selain mendapat kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan.

“Hampir 2,500 teta­mu hadir terdiri daripada ahli kelab Anita Bikers dan Kelantan Chopper's Moto Group serta anggota PGA Kelantan dan orang awam.

“Selain program Jalinan Kasih ini, kelab kami juga akan me­ngadakan 29 siri program amal di seluruh negara sepanjang tahun ini bagi membantu golongan memerlukan,” katanya ketika ditemui dalam majlis itu.

Yang turut hadir, Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Khas (PGA), Datuk Roslan Bek Ahmad.

Sementara itu, Roslan Bek berkata, pihaknya berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan kelab-kelab seperti Anita Bikers dan Kelantan Chopper's Moto Group bagi menjayakan program Jalinan Kasih.

“Sebelum ini sambutan hari raya di kem ini dibuat secara kecil-kecilan melibatkan anggota sahaja. Kali ini kami berjaya mengadakan sambutan besar-besaran melibatkan orang awam.

“Program ini mampu menjadi medium kepada kami untuk mendekati dan beramah mesra dengan masyarakat,” katanya.