Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata, penutupan itu dibuat bagi mengelak perkara tidak diingini memandangkan aliran lalu lintas di sekitar pasar malam itu dijangka menjadi amat sesak.

Menurut beliau, jalan-jalan yang ditutup adalah seperti berikut;

1. Jalan Parit Dalam (Persimpangan Padang Bas antara Pasaraya Parkson dan The Store)

2. Jalan Bazar Buluh Kubu (Persimpangan lampu isyarat antara Bazar Siti Aisyah dan Pajak Gadai Ar-Rahn)

3. Jalan Bazar Buluh Kubu (Persimpangan lampu isyarat antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan kedai emas Natika)

4. Jalan Bazar Buluh Kubu (Simpang tiga antara LHDN dan tanah lapang sebelah kedai kain Honyi)

5. Jalan Pintu Pong (Persimpangan antara Pasar Besar Siti Khadijah dan Kian Farmasi)

Katanya, jalan-jalan itu ditutup pada pukul 7 petang hingga 2 pagi setiap hari bermula 23 Mei hingga 5 Jun depan.

Menurut beliau, selain jalan-jalan tersebut, satu lagi jalan utama akan ditutup pada malam raya iaitu bermula pukul 7 petang 4 Jun hingga 2 pagi 5 Jun 2019.

“Jalan terbabit adalah Jalan Temenggong bermula dari Persimpangan Temenggong antara premis Cinta dan bangunan bekas Hotel Temenggong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Zainal Abidin menambah, susulan penutupan sementara itu, pengguna jalan raya harus bijak mengatur laluan dan mematuhi peraturan lalu lintas termasuk meletak kenderaan masing-masing di lokasi yang tidak menghalang laluan. - UTUSAN ONLINE