Ini kerana, kira-kira 5,000 pe­ngunjung direkodkan berkelah di tepi pantai itu semasa musim cuti hujung minggu dan musim perayaan.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, Kamal Mustapha berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuk memanggil wakil setiap jabatan, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai program ber­kenaan.

“Hari ini pelbagai agensi se­perti Jabatan Kesihatan dan Persatuan Pandu Puteri menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Pantai Irama supaya lebih bersih dan indah tanpa sampah.

“Rakyat perlu sedar aspek kebersihan sangat penting kerana ini adalah kawasan pelancongan. Kita langsung tidak dapat bajet khusus daripada kerajaan negeri bagi menyelenggarakan keindahan pantai ini. Sebaliknya, kita hanya bermodalkan peralatan sedia ada bagi melakukan kerja pembersihan itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kira-kira 500 peserta daripada setiap jabatan dan agensi kerajaan negeri menyertai program Transformasi Pantai Irama hari ini. Menurut Mustapha, program seperti itu akan dilaksanakan secara bersiri bagi menyedarkan pengunjung terhadap aspek kebersihan pantai.

“Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan merangka satu skuad bagi memastikan kebersihan dan keindahan pantai dapat digerakkan secara berterusan dan sukarela.

“Saya seronok sudah ada sukan air dianjurkan pihak swasta kerana Pantai Irama memang tumpuan pada hujung minggu iaitu hampir 3,000 pengunjung datang,” ujar­nya.