Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

InsPeK UMK atur strategi 
atasi kemiskinan di Kelantan

KOTA BHARU 3 Sept. – Institut Penyelidikan dan Pengurusan Ke­mis­kinan (InsPeK) Universiti Malaysia Ke­lantan (UMK) yang ditubuhkan sejak 2014 memainkan peranan penting dalam mengatur strategi terbaik bagi membantu rakyat negeri ini keluar daripada kepompong ke­miskinan.

Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail

Pengarah InsPeK, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail berkata, antara pendekatan digunakan ialah mewujudkan Makmal Jaringan Sosial (SNL) yang bertindak menguruskan kemiskinan secara berfokus, melaksanakan pemetaan potensi dan meng­hubungkan potensi dengan kepakaran warga UMK sebelum melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu kepada peserta.

Kata beliau, sejak ditubuhkan sehingga kini, institut tersebut berjaya mewujudkan empat SNL iaitu SNL Sungai Rual, Jeli khusus untuk masyarakat Orang Asli, SNL Tok Bali Pasir Puteh (Nelayan), SNL Desa Alam Shah (projek pemerkasaan asnaf) dan SNL Pohon Nenasi, Bachok (Projek DiRaja).

“InsPeK diwujudkan sejajar dengan semangat kesarjanaan ilmuan UMK, kecaknaan pada realiti masyarakat dan aspirasi polisi universiti dalam membentuk masyarakat lebih baik pada masa depan. InsPeK juga merupakan terjemahan kepada aspirasi Istana Kelantan yang cakna dengan kehidupan rakyat.

“Kewujudan InsPeK juga merupakan taf­­siran yang realistik ber­­kaitan kemiskinan diperlukan para peme­gang taruh yang terdiri daripada sarjana, agensi kerajaan, agensi swasta, korporat, badan bukan kerajaan (NGO), individu dan kumpulan sasaran iaitu orang miskin itu sendiri,” kata­nya di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Amir Zal berkata, terdapat empat teras utama InsPeK dalam mengurus kemiskinan iaitu penyelidikan, pemindahan ilmu, pangkalan data dan hab kolaborasi.

Berkaitan dengan penyelidikan katanya, InsPeK memberi tumpuan kepada penyelidikan translasi, penyelidikan tindakan berimpak tinggi dan berasaskan polisi termasuk penyelidikan utama yang sedang diusahakan sekarang iaitu kajian ‘Pemetaan Kemiskinan di Kelantan’ bagi menghasilkan indikator dan instrumen kemiskinan baharu yang lebih komprehensif.

“Projek penyelidikan utama kedua InsPeK ialah kajian ‘Impak Ekslusiviti dan Inklusiviti Sistem Sokongan ke atas Penda­ya­upayaan (empowerment) Ko­muniti Miskin’ yang mempunyai objektif untuk meneroka elemen keadilan sosial berkaitan pengurusan kemiskinan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain