Ikan Yu seberat empat kilogram itu ditangkap Tengku Rosdi Tengku Ismail, 52, kira-kira pukul 3 petang ini.

Tengku Rosdi berkata, dia terkejut sebaik sahaja mengangkat pukat yang ditahannya itu apabila menjumpai seekor ikan yu tersangkut padanya.

“Ini kali pertama saya memperoleh ikan yu. Biasanya ikan spesies ini terdapat di kawasan laut sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tengku Rosdi memberitahu, sebelum ini dia pernah memperoleh ikan spesies air masin seperti anak cencaru, anak gelama dan selagit namun ikan yu kali pertama dalam sejarah hidupnya.

Katanya, ikan yu tersebut telah diagihkan kepada ahli keluarga untuk dinikmati bersama.

“Saya bercadang untuk memasak hasil tangkapan ini dengan gulai kuning bersama daun kesum,” ujarnya yang menahan pukat sebagai aktivit sampingan bagi memenuhi masa lapang. - UTUSAN ONLINE