Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata, lokasi yang terlibat ialah negeri ini, Kedah, Pahang dan Perak.


“Hari ini sebanyak 20 penerima terpilih di Kelantan menerima agihan alat ini dengan keseluruhan kos RM120,000.


“Program amal komuniti anjuran bersama Etika Takaful ini bertujuan meringankan beban dihadapi kumpulan penerima tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan peralatan itu di Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Darul Hufafaz, Kampung Kubang Golok, di sini hari ini.


Zawahir dalam pada itu berkata, IAM bersama rakan kongsi program kemanusiaan itu turut  menyalurkan 40 set pukat kepada 40 nelayan pantai yang terpilih di Kampung Tanjung Kuala, Sabak di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE