Majlis tersebut diadakan oleh Pengarah Urusan Zee Palace Hotel Sdn. Bhd. yang juga pemilik hotel berkenaan, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Pembangunan Insan Kelantan.

Mereka yang diraikan adalah penghuni Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ al-Qamariah; Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ Baitul Ruhana; Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ Darul Huffaz serta Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ Sri Peraksi.

Menurut Wan Zaid, program itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam memastikan golongan tidak bernasib baik mendapat perhatian sewajarnya.

“Bagi pihak Holiday Villa Hotel & Suites, Ramadan adalah masa terbaik untuk mendekati anak-anak yatim yang tidak punya sesiapa untuk bergantung. Kita mahu menggembirakan mereka.

“Insya-Allah kita merancang untuk terlibat dengan lebih banyak program kebajikan seumpama ini dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pembangunan Insan Kelantan, Mohd. Nazri Mohd. Nor berkata, pihaknya menghargai inisiatif dilakukan Wan Zaid dan seluruh pengurusan hotel.

“Alhamdulillah, rezeki anak-anak ini sentiasa murah menjelang Ramadan dan Syawal. Saya harap syarikat-syarikat lain turut mengambil inisiatif sama seperti dilakukan Holiday Villa Hotel & Suites,” katanya. - UTUSAN ONLINE