Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Himsak beri kaunseling kepada mangsa kemalangan bot

Himsak bantuan
MOHD. Faizal Daud (dua kiri) menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian Plak Kaseh OKB Tan Sri Khalid Abu Bakar di Balai Polis Meranti, Pasir Mas hari ini. - UTUSAN ONLINE

RANTAU PANJANG 19 Ogos - Peserta Program Pemantapan Pemimpin Muda Kelantan anjuran Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak) yang terlibat dalam kemalangan bot ketika pulang dari Pulau Perhentian pada 8 Ogos lalu akan diberikan kaunseling bermula minggu depan.

Presiden Himsak, Datuk Mohd. Faizal Daud berkata, sesi kaunseling itu akan diberikan selama tiga bulan bagi meredakan trauma yang dihadapi oleh pelajar terlibat.

 "Selain bantuan kaunseling, kita turut berikan sumbangan kewangan kepada pelajar terbabit.

 "Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yang memberikan sokongan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Plak Kaseh Orang Kota Bharu (OKB) Tan Sri Khalid Abu Bakar di Balai Polis Meranti di sini hari ini.

Utusan Malaysia 9 Ogos lalu melaporkan, bot yang membawa 13 mahasiswa mengikuti Program Pemantapan Pemimpin Muda Kelantan terbalik sehingga salah seorang daripada mereka meninggal dunia kira-kira lima kilometer dari Jeti Pelancongan Kuala Besut, Terengganu.

 Kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu menyebabkan Nurnasibah Husna Ibrahim, 21, yang juga Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mati di tempat kejadian.

 Bagaimanapun kesemua mahasiswa termasuk Mohd. Faizal yang berada di atas bot itu terselamat.

 Mahasiswa terbabit merupakan sebahagian daripada 60 pelajar universiti dari seluruh negara yang mengikuti program anjuran Himsak. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain