Akibatnya, hidup Mohammad Syaril Mat Radzi, 24, sentiasa diselubungi kebimbangan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri walaupun ke­dua-dua ibu bapanya merupakan warganegara Malaysia.

Mohammad Syahril berkata, dia berdepan masalah itu apabila dilahirkan di rumah dan dibidankan oleh nenek sendiri.

“Selepas kejadian itu terdapat beberapa masalah keluarga sehingga menyebab saya gagal mendapatkan surat beranak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, sudah enam kali dia dan ibu bapanya berusaha mendapatkan dokumen pe­nge­nalan diri tetapi sehingga sekarang gagal.

Mohammad Syaril berkata, berbagai usaha dilakukan serta ramai pihak ditemui namun masih me­nemui jalan buntu.

“Saya amat berharap ada pi­hak yang dapat membantu untuk saya mendapatkan kad pengenalan yang sah.

“Saya sudah hidup seperti PATI, hidup dalam kebimba­ngan kerana takut ditangkap pi­hak berkuasa,” katanya.