Program tahunan itu disempurnakan oleh pengetua sekolah, Noor Azlina Omar dan diserikan dengan kehadiran Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat, Zamri Zakaria.

Noor Azlina berkata, majlis bertemakan Arabic Night itu bertujuan menghargai pelajar asrama yang banyak menyumbangkan jasa serta melaksanakan pelbagai aktiviti di asrama sekolah berkenaan.

“Program ini turut meraikan pelajar tingkatan lima yang akan menamatkan sesi persekolahan selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, program diisi dengan penyampaian sijil dan hadiah untuk beberapa kategori seperti ketua asrama lelaki dan perempuan serta ahli jawatankuasa, kebersihan dorm dan pelajar paling popular. - UTUSAN ONLINE