FIKHRAN HAMSHI MOHAMAD FATMI
FIKHRAN HAMSHI MOHAMAD FATMI

Namun, sehingga kini belum ada rezeki kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN). Begitu pun dalam PRU-14 kali ini tanggungjawab itu perlu digalas kembali oleh anak beliau, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi, 32, sekali gus menjadi calon termuda BN di negeri ini.

Pas berkemungkinan besar meletakkan pe­nyandangnya, Da­tuk Takiyuddin Hassan manakala parti serpihan­nya, PAN yang mewa­kili gabu­ngan pem­bangkang PKR su­dah mem­be­ri bayangan meletakkan Naib Presiden parti itu, Husam Musa.

Kedua-dua na­ma itu tidak asing dalam arena politik Kelantan sehingga kawasan Parlimen ini akan menjadi pertembungan di antara dua gergasi yang dahulunya sahabat baik.

Walau bagaimanapun, apa yang perlu disedari adalah persaingan tiga penjuru di kawasan itu bakal menguntungkan siapa? Adakah PAN mampu menggugat dan memecahkan undi Pas sekali gus menambah majoriti BN?

Untuk rekod, BN pernah memenangi persaingan tiga penjuru sewaktu Pi­lihan Raya Kecil di Kuala Kangsar, Perak dan Sabak Bernam, Selangor pada 2016. Adakah sejarah ini boleh berulang kembali?

BN kali ini turun sebagai under dog, meletakkan anak muda di tengah-tengah pertembu­ngan dua gajah. Pun begitu, ia sama sekali tidak melemahkan Fikhran Hamshi yang juga Timbalan Ketua Pemuda BN Kota Bharu untuk masuk ke medan perang itu.

“Saya memang lahir dan membesar di Kota Bharu. Sudah tentu jiwa saya lebih dekat dengan penduduk di kawasan ini.

“Walaupun mungkin berdepan dengan nama besar seperti Husam dan Takiyuddin, namun, itu bukanlah halangan untuk saya serlahkan kemampuan sebagai wakil rakyat sekiranya diberi kepercayaan nanti,” jelas Fikhran Hamshi ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, BN juga mempertaruhkan calon muka baharu, Chua Hock Kuan di DUN Kota Lama.

Exco Pemuda MCA Pusat itu akan bertembung dengan pe­nyandang kerusi tersebut daripada Pas sejak empat penggal lalu, Datuk Anuar Tan Abdullah dan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman daripada gabungan pembangkang PKR.

DUN Kota Lama mempunyai lebih 28,000 pengundi berdaftar yang merangkumi kira-kira 30 peratus pengundi Cina dan satu-satunya kerusi yang ditandingi oleh MCA di negeri ini.

Kedua-dua anak muda itu dilihat mampu mencipta kejutan di kubu kuat Pas itu berdasarkan perkembangan politik semasa di negeri ini apabila berlaku perpe­cahan dalam Pas sehingga terbit parti serpihan, PAN.

Bagi kerusi DUN Bunut Payung pula akan ditandingi oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd. Hasnan Che Hussin manakala Ketua Wanita­nya, Madihah Abdul Aziz diletakkan di DUN Tanjong Mas.

BN juga dilihat mempunyai harapan di kedua-dua kerusi tersebut berdasarkan senario politik semasa.