Program selama dua hari bermula semalam itu mengajak orang ramai mengenali warisan bangsa selain bertujuan menghargai sumbangan penggiat seni dan kebudayaan di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkefli Ali berkata, selain itu, program tersebut menjadi medan mengukuhkan perpaduan dan jalinan muhibah sesama pengunjung menerusi aktiviti yang disusun.

“Antara akvititi menarik ialah acara teh tarik membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertandingan menjala ikan di tali air, pertandingan dikir Barat dan persembahan busker atau muzik jalanan.

“Turut diadakan persembahan wayang yabg sudah lama tidak dipertontonkan sehingga generasi muda kurang mengenali warisan budaya itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan festival berkenaan di sini semalam.

Yang hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kelantan, Abdullah Embong.

Zulkefli dalam pada itu berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin mengadakan program bersesuaian di Dataran Alor Hijau dalam usaha menjadikannya sebagai lokasi tumpuan dan menjana pertumbuhan ekonomi setempat. - UTUSAN ONLINE