Pengerusi KOPBARIS, Fabian [email protected] Sufian Ghani berkata, ekspo yang julung kali diadakan itu turut mendapat kerjasama daripada badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Cakna Palestin.

Menurutnya, lebih 40 usahawan persendirian daripada dalam dan luar negeri dijangka akan menyertai Ekspo yang dibuka kepada orang ramai bermula dari pukul 3 petang sehingga 11 malam.

“Antara faktor kita memilih Kelantan untuk program ini kerana rata-rata penduduk sinonim dengan berniaga dan terdiri daripada Muslim.

“Antara produk yang ada di ekspo adalah produk Muslim bumiputera seperti makanan dan barangan kering. Pengunjung dan peniaga yang hadir juga perlu berpakaian sopan.

“Kita sasar seramai 5,000 pengunjung akan hadir pada setiap hari. Jika sambutan ekspo kali ini baik, kita akan menjadikannya sebagai acara tahunan di negeri ini, “ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang akhbar Ekspo Perniagaan Islam di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini hari ini.

Beberapa artis jemputan antaranya Serena Redzuan, Fendi Kenali dan Sabri Yunus akan hadir memeriahkan lagi ekspo tersebut.

Tambahnya, Tabung Cakna Palestin juga akan dilancarkan pada hari pertama ekspo itu bertujuan mengutip dana dan akan disalurkan kepada masyarakat di Gaza pada bulan Ramadan nanti. - UTUSAN ONLINE