MOHD. NASIR MOHD. NOR

Penasihat pusat tersebut, Dr. Mohd. Nasir Mohd. Nor berkata, perbezaan yang pa­ling ketara ialah daripada aspek fizikal dengan kemudahan pusat pembelajaran yang lebih selamat dan tersusun.

Beliau berkata, semua itu dilaksanakan bagi memastikan keselesaan kepada setiap yang hadir untuk menuntut ilmu di sini biarpun kaedah pengajian masih mengekalkan cara tradisional.

“Ini merupakan idea Datuk Seri Mustapa Mohamed semua syiar Islam di jajahan ini terus dimartabatkan. Pusat ini dilengkapi dengan sebuah dewan besar yang mampu memuatkan 1,000 orang serta bilik kuliah, asrama dan surau.

“Pusat ini memberikan dimensi baharu kepada sistem pondok yang diamalkan di negeri ini tanpa mengabaikan cara tradisional dengan memberikan penumpuan terhadap pembangunan insan bermula daripada akar umbi,” katanya di sini baru-baru ini.

Mohd. Nasir berkata, pusat itu digerakkan oleh Biro Agama UMNO Bahagian Jeli, guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Kelab Darul Falah serta de­ngan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain.

Katanya, sejak 10 tahun lalu, pusat tersebut telah melahirkan ramai alim ulama khususnya dari jajahan tersebut.

“Malah ada ibu bapa yang menjadikan pusat ini sebagai destinasi tetap pada setiap kali cuti persekolahan untuk mengikuti kelas agama bagi memperkukuhkan lagi iman.

“Pusat ini amat penting bagi melahirkan generasi masa depan yang berpegang teguh kepada ajaran Islam,” katanya.