Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, arahan tersebut telah mengganggu kebenaran dan keberkatan bulan Ramadan yang menggalakkan umat Islam mencari yang halal serta baik.

Arahan tutup kedai malam sepanjang Ramadan

“Saya ditunjukkan surat arahan ini selepas solat Tarawih tadi. Selepas sahkan kebenarannya, saya dengan ini berharap dan berdoa agar arahan ini ditarik balik.

“Pada bulan penuh kelebihan ini, umat Islam adalah digalakkan menguruskan masa masing-masing dengan bijak dan berhikmah untuk melakukan ibadah khusus berpandukan sunnah Rasulullah SAW

“Barang siapa yang diharamkan oleh Allah dengan keberkatan dan kelebihan di bulan Ramadhan, maka sesungguhnya dia telah diharamkan daripada segala kebaikan - maksud hadis al Rasul,” katanya dalam hantaran facebook di sini hari ini.

Semalam tular dilaman sosial arahan daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya semua premis makanan ditutup atau menghentikan sementara operasi selama sejam 30 minit bermula dari pukul 8.30 malam sepanjang Ramadan.

Surat yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Adnan Hussin menjelaskan bahawa arahan tersebut adalah bagi menghormati Ramadan dan mengalakkan umat Islam menunaikan solat Tarawih.

Namun sehingga kini usaha Utusan Malaysia untuk mendapatlan reaksi daripada kepemimpinan kerajaan Pas Kelantan gagal. - UTUSAN ONLINE