Hasnah Harun, 49, berkata, situasi itu menyebabkan dia berdepan kesukaran untuk mengemukakan permohonan pengenalan diri secara sah untuk angkatnya itu Nur Amina Aisyah yang dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini enam tahun lalu.

Menurutnya, ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Nisah Dollah, 33, merupakan rakyat Thailand sementara suaminya warga tempatan.

“Kali terakhir saya bertemu Nisah pada tahun 2014 namun wanita itu gagal dikesan sehingga ke hari ini walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.

“Setiap kali memikirkan masa depan Nur Amina Aisyah, saya akan menitiskan air mata kerana tanpa dokumen pengenalan diri yang sah. Hal ini kerana Nur Amina Aisyah akan berdepan masalah dikemudian hari,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hasnah memberitahu, disebabkan tidak mempunyai dokumen yang sah Nur Amina Aisyah terpaksa mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta.

Katanya, dia amat berharap ibu kepada kanak-kanak ini menghubunginya secepat mungkin bagi membantu mendaftarkan Nur Amina Asiyah untuk mendapatkan pengenalan diri yang sah.

Katanya, dia berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nisah boleh menghubunginya di talian 019-9122457. - UTUSAN ONLINE