Pengerusinya, Dollah Awang Hussin berkata, cara yang cukup popular pada zaman dahulu dihidupkan semula bagi mengimbau kembali kenangan lama yang tidak pernah dirasai oleh anak muda hari ini.

“Saya akui cara makan bubur asyura menggunakan tempurung kelapa dan daun nenas sudah dilupakan.

“Bahkan, ada dalam kalangan generasi muda terpinga-pinga apabila diberitahu cara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dollah memberitahu, cara tersebut sebenarnya mempunyai mesej yang ingin disampaikan oleh masyarakat terdahulu ter­utama dalam aspek kitar semula.

“Apa yang saya lihat, orang-orang tua terdahulu sebenarnya sudah mengajar kitar semula. Mereka mengajar kita supaya memanfaatkan segala bahan dari alam sekitar dalam kehidupan harian.

“Secara tidak langsung ia dapat mengelakkan berlakunya pembaziran dalam kehidupan harian,” ujarnya.

Katanya, generasi muda tidak perlu takut untuk mengadaptasi cara kehidupan orang-orang dahulu mengikut kesesuaian di zaman serba moden ketika ini.