Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, jumlah tersebut melibatkan 20 peratus daripada keseluruhan anggota bomba di negeri ini iaitu seramai 571 orang.

Menurutnya, setiap tiga tahun anggota akan mendapat perlepasan bercuti pada musim raya dan ia selaras dengan peraturan sedia ada.

“Saya harap mereka yang bertugas sepanjang musim perayaan ini dapat memberikan komitmen tinggi.

“Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di sini hari ini -UTUSAN ONLINE