Pengurus Besar BIISB ne­geri,  Hasnazim Md. Nor berkata, sebagai pakar dalam pem­buatan cat berkualiti dan mempunyai pelbagai rangkaian produk jenis tersebut telah merancang pelbagai pelan untuk mencapai sasaran tersebut.

Beliau berkata, pihaknya juga meletakkan sasaran jualan bulanan sebanyak RM30,000 bagi mencapai hasrat itu dan perkara tersebut tidak mustahil dengan sokongan lebih 30 pengedar di seluruh negeri ini.

“Cat Bina Paint merupakan produk utama BIISB. Syarikat ini yang diasaskan oleh usahawan bumiputeta, Rosli Adam pada tahun 2005 ini mengeluarkan cat berkualiti tinggi dengan pelbagai warna pilihan untuk kemasan dalaman dan luaran.

“Malah produk ini telah di­uji kandungannya di Makmal Perunding dan Pengiktirafan Halal (Halvec) yang mengesahkan kandungannya patuh syariah,” katanya ketika ditemui selepas menerima kun­jungan ahli Persatuan Pengguna Malaysia (PPM) Kelantan di sini hari ini.

Hasnazim berkata, BIISB juga telah memperoleh Sijil Pengurusan Berasaskan Syariah daripada SIRIM; sijil ISO 9001:2008, Sijil Eco-Label dan penerima Anugerah Malaysia Brand 2012 daripada SME Corporation Malaysia.

Jelasnya, di antara projek yang menggunakan cat tersebut ialah Kompleks Mah­kamah Kota Bharu, naik taraf sekolah-sekolah daif serta ba­ngunan pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

Sementara itu, Yang Dipertua  PPIM negeri, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, pembukaan BIISB Ke­lantan sekali gus memper­kenalkan dan memperluaskan  produk patuh syariah buatan tempatan.

Katanya, pengguna harus bijak dengan membeli barangan tempatan  bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih pen­ting menggalakkan pemba­ngunan industri atau perusahaan tempatan.    

“Produk cat Bina Paint setan­ding dengan jenama-jenama luar negara ini.

“Oleh itu kita perlu  meng­utamakan barangan bu­atan Malaysia serta mengikis sikap prejudis terhadap barang­an tempatan,” ujarnya.