Ketua Istiadat Kelantan, Datuk Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dalam kenyataan hari ini berkata, majlis itu akan berlangsung dari 9.30 hingga 10.30 pagi.

“Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Kelantan akan menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Muhammadi Kota Bharu pada pukul 8.30 pagi.

“Baginda turut berkenan beramah mesra dan bersalaman dengan rakyat selepas sahaja Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid tersebut,” katanya.

Orang ramai diingatkan supaya berpakaian kebangsaan, kemas dan sopan ketika menghadiri Majlis Penghadapan Hari Raya Aidilfitri berkenaan. - UTUSAN ONLINE