Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, token tersebut secara ringkasnya boleh dianggap sebagai ‘bekas’ yang disediakan sebagai persiapan jika negeri ini menerima royalti minyak daripada kerajaan Pusat.

“Insya-Allah kita berdoa belanjawan tahun depan akan berubah (dari segi hasil). Kita yakin duit royalti akan diberikan oleh kerajaan Persekutuan.

“Apabila duit royalti ini diterima, kita akan masukkan dalam belanjawan. Kita tidak tahu berapa kerana ia bergantung kepada jumlah yang akan dibayar kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas selesai membentangkan Belanjawan 2019 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Terdahulu dalam pembentangan Belanjawan 2019, Ahmad berkata, jumlan defisit dijangka menurun sebanyak RM6.67 juta atau 16 peratus dan situasi positif itu berlaku secara konsisten dalam tempoh empat tahu kebelakangan ini.

“Asas penurunan defisit ini adalah pertambahan jumlah kutipan hasil yang disokong dengan urus tadbir yang baik diamalkan oleh jentera kerajaan negeri.

“Pengurangan defisit ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk berbelanja secara berhemah dan mengikut keutamaan kerajaan serta dibuat selari dengan anggaran pendapatan tahun 2019,” katanya. - UTUSAN ONLINE