Pengerusi FAMA, Ishak Ismail berkata, BPR merupakan salah satu daripada lima hala tuju sektor pertanian negara bagi membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan di samping mengurangkan peningkatan kos sara hidup.

“BPR menjadi platform dalam menyelesaikan isu utama iaitu menurunkan harga agro makanan yang dijual di sini.

“Contohnya hari ini ada tembikai dijual terus dari ladang dengan harga RM1 sekilogram,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Bazar Peduli Rakyat di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong.

Yang turut hadir, Pengarah FAMA Kelantan, Mohd Arifin Awang.

Ishak dalam pada itu memberitahu, RTC Tunjong merupakan lokasi kedua BPR selepas dimulakan di Pulau Pinang pada awal bulan ini.

Katanya, BPR dirancang diadakan di 749 tapak pasar tani seluruh negara.-UTUSAN ONLINE