Pengarah Pendidikan Negeri, Muhammad Zahari Othman berkata, ekoran daripada itu lebih 800 pelajar dan 50 orang guru di kedua-dua jajahan tersebut terjeas serta tidak meneruskan sesi persekolahan.

“Sekolah yang terlibat di Kuala Krai ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia, SK Ladang Taku, SK Kelang manakala di Tanah Merah pula ialah SK Sokor, SK Ladang Kerilla dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ladang Kerilla.

“Kita terpaksa menutup sekolah-sekolah ini berikutan paras air mula meningkat pada hari kedua sesi persekolahan 2018 di negeri ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE