SAHRIHAN JANI
SAHRIHAN JANI

Sahrihan yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang berkata, Hassan seperti sudah ketandusan isu dan dakwaan tersebut menunjukkan sikap pembangkang yang bankrap idea dan
cuba merenggangkan hubungan Istana dan kerajaan negeri.

"Pihak pembangkang di Johor ketika ini berterusan menyerang kerajaan negeri dan istana dengan harapan mereka mampu untuk menghasut rakyat menukar kerajaan negeri.

"Kekeringan isu untuk dimanipulasikan menyebabkan mereka mula menjadi badut politik dan menularkan bahan jenaka sehingga terserlah kedangkalan akal dan rendahnya tahap keintelektualan mereka.

"Hassan Karim sewajarnya sebagai seorang yang matang dalam politik tidak terikut-ikut dan bertindak seperti cybertrooper murahan dengan mengeluarkan kenyataan yang akhirnya menghina diri beliau sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Rabu lalu, Hassan memuat naik gambar dalam majlis perkahwinan Tun Aminah dalam Facebooknya yang menunjukkan Mohamed Khaled duduk atas lantai manakala Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan tiga kerabatnya duduk di kerusi.

Difahamkan gambar itu sebenarnya sudah disunting dengan hanya menampakkan Mohamed Khaled seorang sahaja duduk di lantai sedangkan gambar asal bukan sahaja menampakkan Menteri Besar tetapi juga Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan tetamu kenamaan lain turut duduk atas lantai.

Selain gambar yang disunting itu, Hassan turut memuat naik status: "Jika saya, saya akan keluar dari majlis itu. Saya tidak boleh terima penghinaan seperti ini," tulisnya yang menggambarkan seolah-olah Mohamed Khaled diperlekehkan.

Berikutan itu, Hassan menerima pelbagai kecaman daripada pengikut Facebooknya yang tidak berpuas hati dengan kenyataan berkenaan. - UTUSAN ONLINE