Seorang penduduk, Abdullah Ahmad, 44, berkata, persekitaran bandar yang terletak di kawasan pesisir pantai hanya menerima kunjungan ramai pada hujung minggu sahaja.

Menurutnya, perniagaan ha­nya dilihat rancak pada hari Sabtu iaitu pasar minggu di tepi pantai manakala pada hari lain keadaannya lenggang.

“Penduduk juga hairan apa­bila beberapa perkhidmatan ke­wa­­­­­­­­­­­­­ng­an dan bank yang sedia ada telah menutup perkhidmatan mereka. Kini hanya tinggal Agro Bank yang masih beroperasi.

“Apakah semua ini berlaku di­sebabkan ketiadaan pengguna atau penyimpan atau oleh kea­daan ekonomi yang tidak menyokong pengurusan bank untuk bertahan lama di bandar ini?” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Abdul Karim Ismail, 30, berkata, pasar besar di pusat bandar itu juga seharusnya dibangunkan semula untuk memberi ruang yang lebih selesa dengan lebih banyak lagi tempat untuk menjalankan perniagaan kepada penduduk setempat.

“Pasar besar di sini dilihat sepi dengan pelanggan yang sama kecuali pada hari minggu tidak se­perti Pasar Jelawat yang sentiasa hidup kesan pembangunan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang terletak di kawasan yang berdekatan,” katanya.

Menurut Abdul Karim, pasar nelayan yang dahulunya berope­rasi dengan jualan ikan murah juga perlu dibuka semula bagi memudahkan pengguna mendapatkan ikan segar yang didaratkan dari beberapa kawasan pendaratan ikan di daerah ini.

“Kita amat berharap Majlis Daerah Bachok (MDB) melihat semula keadaan ini dan mengambil tindakan segera akan bandar ini tidak terus lesu,” katanya.