Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman berkata, perlantikan itu berasaskan kepada sikap dan integriti yang menjadi prinsip dan amalan pemimpin muda itu.

Beliau berkata, sikap yang dimiliki oleh Asyraf Wajdi adalah contoh dan teladan untuk anggota bomba dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Beliau tidak asing dengan warga bomba Kelantan kerana sentiasa bersama dalam kerja-kerja membantu dan menyelamat sepanjang berlakunya banjir setiap tahun.

“Kegigihan dan daya usaha pemimpin muda yang tidak mengira penat lelah dan waktu turun ke lapangan bersama anggota bomba menyuntik semangat dalam membantu orang ramai ketika dilanda musibah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perhimpunan bulanan Bomba, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Datuk Zawawi Othman dan ADUN Selising, Zulkefli Ali. - UTUSAN ONLINE