Pegawai APM daerah, Kapten Nik Mohd. Noor Nik Mat berkata, pihaknya yang menerima paggilan daripada penduduk kampung itu pada pukul 10.08 pagi sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.

Menurutnya, anak buaya tembaga sepanjang 1.5 meter dan seberat tujuh kilogram itu dipercayai sesat di kawasan daratan dan dilaporkan mengancam keselamatan penduduk.

“Anggota APM selesai menangkap reptilia itu pada pukul 10.40 pagi.

“Buaya itu dibawa ke Pejabat APM Pasir Puteh untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, ini adalah kes kedua berkaitan buaya sesat tahun ini, di mana kali pertama pada Mei lalu di Kampung Telaga Papan Semerak.

Katanya, di Kampung Telaga Papan itu, anak buaya seberat dua kilogram tersangkut pada jala penduduk yang menjala ikan di kolam yang jaraknya jauh dari sungai.

Pada bulan Februari tahun lepas, APM menangkap seesekor anak buaya dari spesis sama di Kampung Jelor Hilir.

Katanya, buaya seberat 15 kilogram itu tersangkut di kolam memancing di kampung berkenaan.

“Kita percaya buaya itu tersesat pada musim banjir sehingga banjir pulih, ia tersangkut di kolam itu,” katanya. - UTUSAN ONLINE