Kam­pung Kuala Koh dan Kampung Aring 5 terletak hampir 100 kilometer dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi.

Penghulu Kampung Aring 5, Raina Anjang berkata, ke­banyakan ibu bapa Orang Asli tidak mahu berjauhan dengan anak-anak mereka yang masih kecil dalam tempoh lama.

Katanya, sejak lebih setahun kebelakangan ini anak mereka tidak ke sekolah, walaupun di­sediakan kemudahan asra­ma.

“Anak-anak ini tidak tahu mengu­rus­kan diri menyebabkan ibu ba­pa enggan membenarkan mereka tinggal di asrama sekolah.

“Masalah ini juga berlaku kepada pelajar sekolah mene­ngah apabila mereka tidak ber­minat ke sekolah kerana jauh. Contohnya Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh pe­ngang­kutan hanya di­se­diakan se­bulan sekali," katanya sambil berharap agar ke­rajaan dapat membina sekolah berde­katan dengan kampung mereka.

Katanya, sebuah bangunan tabika yang berada di kampung mereka juga sudah lebih seta­hun tidak beroperasi kerana ketiadaan guru.

“Kanak-kanak Orang Asli yang tidak bersekolah kini hanya tinggal bersama ibu bapa dan bermain bersama rakan sebaya di kampung mereka dan keadaan ini merugikan kita semua,” katanya.