Gabenor Wilayah Kelab Lions B1, Richard Ho Choon Keong, berkata, sebelum ini sambutan daripada masyarakat mengenai pendermaan organ kurang menggalakkan.

Katanya, menyedari masalah itu, Kelab Lions akan menganjurkan kempen derma organ bagi menyemai kesedaran tindakan itu dalam membantu pesakit dan hospital yang memerlukan di seluruh negara.

“Kita ingin mengajak masyarakat agar bersikap prihatin bagi membantu mereka yang memerlukan. Sebenarnya tidak menjadi halangan sekira­nya orang Islam dan bukan Islam ingin menderma organ kepada mana-mana penerima,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan program bersama ahli Kelab Lion di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Kelab Lions Gua Musang, P. Pandiyan.

Tambah Richard, sehingga kini, terdapat seramai 10,000 ahli kelab Lions di seluruh negara.