Program yang bermula pada pukul 2 hingga 6 petang itu diserikan dengan kehadiran Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh bagi mewakili Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mohamad Fatmi ketika ditemui berkata, golongan belia adalah penentu kepada masa hadapan negara.

“Golongan muda perlu bijak memilih kerana mereka yang akan melakukan perubahan besar. Segalanya terletak pada mereka.

“Pilih kerajaan negeri yang sentiasa memberi fokus kepada rakyat dan bijak merancang seperti negeri-negeri lain yang sentiasa melaksanakan perancangan,” katanya.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan (MBK), Shahbuddin Hashim dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Yahya Mamat. -UTUSAN ONLINE