Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin berkata, pengiktirafan yang dibuat itu merupakan sebahagian daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2016 bagi menghargai perkhidmatan awam atas segala sumbangan serta khidmat bakti mereka kepada negara.

"Secara keseluruhannya, kita mempunyai 1,286 kakitangan daripada 800 buah Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas di seluruh Kelantan.

"Setakat ini, hanya 615 kakitangan telah diserap secara tetap manakala selebihnya masih belum cukup 15 tahun perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Pendidik Kemas dan Penyampaian Sijil SKM Sesi 2016 Kemas Negeri Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kadok di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Kemas negeri, Anuar Mat Zin. -UTUSAN ONLINE