Aktiviti tersebut dianjurkan oleh UMNO Bahagian Tumpat dan diadakan sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Tumpat.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, jumlah perahu sebanyak 60 buah merupakan simbolik kepada ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-60.

"Kita akui sambutan Hari Malaysia sebelum ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan rakyat. Namun situasi itu sudah menampakkan perubahan apabila ramai mulai sedar dengan kepentingan Hari Malaysia.

"Jadi hari ini UMNO Bahagian Tumpat mengambil inisiatif mengadakan sambutan Hari Malaysia sekali gus mengajak penduduk Tumpat sama-sama meraikan hari bersejarah ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Hari Malaysia Parlimen Tumpat di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.