Pengarah Program Haji Cilik Pantai Timur, Nik Annuar Fathi Hassan berkata, program yang melibatkan kanak-kanak berumur enam tahun itu adalah yang pertama dilaksanakan di negeri ini.


“Tahun lalu, program ini hanya dilaksanakan di Kuala Lumpur sahaja, namun tahun ini, ia diperluaskan kepada lima zon iaitu di Zon Tengah, Zon Utara, Zon Pantai Timur, Zon Selatan dan Zon Melaka.


“Menerusi program ini, peserta akan menjalani pembelajaran berkaitan ibadah haji secara praktikal yang dikendalikan melalui simulasi,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Haji Cilik 2017 di Kompleks Belia & Sukan, Panji di sini hari ini.


Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Penolang Pengarah Pengurusan Pengembangan Syiar Islam, Sektor Pendiidkan Islam Jabatan Pendidikan Negeri, Ahmad Riduwan Said. -UTUSAN ONLINE