Pengerusi jawatankuasa pendaftaran program tersebut, Noriha Mohamad berkata, setakat ini pihaknya sudah menerima penyertaan daripada 250 pelajar dari tiga buah sekolah.

Menurutnya, tiga buah sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Salor, Maktab Sultan Ismail dan SMK Putera.

“Saya yakin sasaran itu mampu dicapai dan kita sedang giatkan lagi promosi untuk menarik lebih ramai penyertaan.

“Kita sudah menghantar surat kepada semua 48 buah sekolah di PPD Kota Bharu.

“Tujuan utama program ini adalah untuk mendidik golongan pelajar tentang bahaya barah payudara dan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan penyakit berkenaan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan baju T ‘Pink Walk Ribbon Kaseh OKB Hospis BestARI 2017’ di SMK Salor di sini hari ini.

Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Pejabat Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Afandi Hassan kepada Noriha yang juga Pengetua SMK Salor.

Noriha memberitahu, pihaknya turut membuka peluang kepada sekolah dari luar daerah ini untuk menyertai program itu.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Noriha ditalian 013-9825538 untuk pendaftaran. - UTUSAN ONLINE