Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, rumah kekal bernilai kira-kira RM40,000 sebuah itu menggunakan peruntukan Maik.

Katanya, kerajaan Pusat pula menyalurkan sebanyak RM4 juta untuk prasarana di kawasan perumahan baharu tersebut.

“Kita dimaklumkan rumah ter­babit masih di peringkat pembinaan oleh pihak kontraktor.

“Ketika ini, mangsa banjir yang terlibat masih lagi tinggal di rumah asal mereka, menumpang di rumah ahli keluarga dan tinggal di rumah sewa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang mang­sa, Mazidah Awang Kecik, 54, berkata, selepas banjir besar tahun 2014, dia bersama empat ahli keluarga lain terpaksa tinggal di sebuah rumah yang daif.

Katanya, rumah asalnya yang telah musnah menyebabkan pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) datang membantu membina rumah sementara.

“Kami sudah tidak sabar untuk tinggal di rumah baharu selepas tiga tahun tinggal di kediaman yang serba kekurangan.

“Kami ingin memiliki tempat tinggal yang selesa seperti orang lain dan berharap agar pihak ber­kenaan mempercepatkan pembinaan rumah kekal,” katanya.