Karnival julung kali dianjurkan oleh PY4 dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti kejohanan liga penalti; gerai jualan; pertunjukan ular; mewarna; permainan ‘soopa doopa’ dan persembahan silap mata.

Pengarah karnival, Mohd. Badhri Radzi atau Piya berkata, aktiviti utama program itu ialah kejohanan liga penalti setakat ini pihaknya telah menerima penyertaan lebih 200 pasukan dari negeri ini, Terengganu dan negara jiran, Thailand.

Katanya, penyertaan masih dibuka dimana setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.

“Karnival ini sekaligus mengeratkan hubungan silahturrahim sesama peserta, agensi swasta dan kerajaan serta komuniti setempat.

“Ia juga menggalakan kerjasama yang lebih erat antara kakitangan PY4 dengan pihak yang terlibat dan memupuk semangat berpasukan dalam setiap pasukan yang bertanding,” katanya yang juga

merupakan lagenda bola sepak Kelantan di sini hari ini.

Selain itu, katanya, karnival tersebut dapat menyemarakkan lagi budaya bersukan dalam kalangan orang ramai dan boleh bersantai bersama keluarga.

Menurut Mohd. Badhri, pihaknya juga beramal dengan mengambil sebanyak RM5 daripada yuran dibayar setiap pasukan

untuk didermakan kepada rumah anak yatim.

Jelasnya, bagi orang ramai berminat untuk menyertai kejohanan Liga Penalti, mendapatkkan gerai jualan dan sebarang pertanyaan boleh menghubung Shaik Osman ditalian 0148009194. - UTUSAN ONLINE