Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan negeri, terdapat 446 pusat peperiksaan dibuka di semua daerah melibatkan 2,823 petugas.

“Calon-calon meliputi murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) seramai 26,853 orang, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina 850 orang, SJK Tamil seorang calon, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) 66 orang, Yayasan Islam Kelantan (YIK) 303 orang dan 478 calon persendirian.

upsr
 

“Peperiksaan telah bermula pada 20 September lalu dengan kertas Bahasa Cina dan diikuti kertas Bahasa Melayu hari ini,” katanya di sini hari ini.

Sebanyak 26 calon berkeperluan khas turut mengambil UPSR termasuk calon bermasalah penglihatan manakala seramai 13 calon pula menduduki peperiksaan di hospital. - UTUSAN ONLINE