Sebahagian besar daripada ibu tunggal yang menerima sumba­ngan tersebut hanya bekerja penoreh getah secara pawah.

Bagi mereka, sumbangan itu amat besar bagi mereka yang kini terjejas teruk kerana tidak dapat menoreh disebabkan hujan hampir setiap hari.

Seorang penerima, Siti Fatimah Ibrahim, 56, berkata, dia amat menghargai sumbangan itu kerana tidak perlu mengeluarkan wang simpanan untuk membeli makanan asas.

“Dalam usia sekarang barang makanan yang diterima itu, sudah cukup untuk menampung keperluan harian.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada UMNO Bahagian Tanah Merah terutama Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz kerana tidak putus-putus memberikan bantuan kepada kami go­­­­longan yang kurang berkemampuan,” kata be­­liau.

Sementara itu, Pancha­varrnam Govindan, 57, berkata, selain menoreh getah, dia hanya berharap kepada bantuan Jabatan Kebajikan Ma­­syarakat sebanyak RM100 sebulan kerana menjaga ibunya yang tua dan uzur.

“Saya perlu berjimat cermat dengan wang dan hanya berbelanja mengikut keperluan sementara menunggu bantuan pada bulan berikutnya.

“Bantuan makanan ini cukup bermakna buat saya keluarga tambahan pula ketika musim hujan begini,” katanya.