Taklimat tersebut disampaikan oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Asisten Superintenden Che Yob Pin.

Dalam ceramah berkena­an, Che Yob mengingatkan ma­sya­rakat bahawa jenayah mesti di­bendung secara berja­dual tanpa mengira bangsa, latar belakang dan peringkat umur.

Katanya, pelbagai perbuatan jenayah seperti merosakkan har­ta benda, bergaduh, mencu­ri, memeras ugut dan lain-lain perlu dilihat secara serius oleh semua pihak.

“Gejala itu bersifat berbaha­ya. Ia mendatangkan kesan ne­gatif dan mengancam kesejah­te­raan masyarakat sekiranya ti­­dak ditangani secara serius di pe­ringkat awal.

“Kita berharap warga KRT te­rus melaporkan kepada polis apabila mengesan sebarang per­­lakuan jenayah di ka­wasan masing-masing,” ka­­­ta­­­nya semasa membe­rikan ce­ramah dalam Taklimat Pendidikan Keselamatan, di pekarangan Tabika Perpaduan, Kam­pung Kuala Tool, di sini.

Yang turut hadir, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Gua Musang, Mohd. Kasyful’ Asri Mohamad Salim dan Penolong Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah, Norma Daud.

Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu juga turut mengadakan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan menyampaikan bantuan kepada 12 keluarga kurang bernasib baik di kampung itu.

Sementara itu, Mohd. Kasyful’ Asri berkata, penduduk di setiap KRT perlu didedahkan dengan aspek pencegahan jenayah agar lebih berwaspada dan tidak menjadi mangsa jenayah.

“Kami amat menghargai hu­bungan akrab dengan IPD Gua Musang yang banyak membantu mendidik masyarakat setempat bagi membanteras jenayah.

“Kita tidak mahu kadar perlakuan jenayah meningkat. Kita perlu sama-sama memeranginya. Sebelum kadar tersebut mencapai tahap membimbangkan, wajarlah kita sama-sama memeranginya secara menyeluruh,” tegas beliau.