Bantuan itu telah disampaikan oleh Pengerusi KADA, Datuk Md. Alwi Che Ahmad di Majlis Penyampaian Mesin dan Peralatan Projek Bantuan Azam Tani di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Ketereh di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penerima, Hanafi Yaacob, 56, berkata, dia cukup bertuah kerana terpilih untuk menjalani latihan serta menerima bantuan daripada KADA.

“Hari ini, saya menerima pelbagai peralatan untuk berniaga seperti peti sejuk beku, periuk nasi, rak barang dan beberapa peralatan lain untuk mengembangkan lagi perniagaan kedai makan dan runcit.

“Sebelum ini, saya tidak pernah menerima apa-apa bantuan dan saya amat berterima kasih kepada pihak KADA yang banyak membantu ,” katanya.

Tambah Hanafi, kehidupan mereka sekeluarga hanya bergantung sepenuhnya kepada hasil perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan. - UTUSAN ONLINE