Kejohanan yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu itu telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Yahya Mamat.

Yahya berkata, sebanyak 12 pasukan daripada kelab tenis seluruh Kelantan akan berentap merebut kejuaraan ini.

“Kejohanan ini adalah yang kali kedua diadakan sejak tahun lalu yang dimenangi oleh Persatuan Tenis JKR” katanya selepas merasmikan kejohanan Tenis Berpasukan JKR di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Tenis Kelantan, Afzan Zakaria dan Presiden Persatuan Tenis JKR, Mat Noor Mohammad.

Dalam pada itu, Yahya berkata, kejohanan itu juga bertujuan untuk meningkatkan ilmu peserta bagi melahirkan pemain yang berbakat besar.

“Melalui kejohanan ini juga kita dapat mengeratkan silaturrahim di antara ahli-ahli persatuan,” katanya. - UTUSAN ONLINE