Pertandingan mendeklamasikan sajak yang telah dimulakan sejak 2001 itu berlangsung di DBP Wilayah Timur di sini hari ini.

 
 Menurut Ketua 1 GEMA, Zainal Abidin Muhamad, lebih 40 peserta mengambil bahagian pada peringkat saringan semalam sebelum persaingan akhir yang menyaksikan pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Dermin, Nur Syauqina Mazlan, 11, muncul johan.

 Nur Syauqina membolot hadiah wang tunai RM200, piala iringan, cenderamata dan sijil setelah betjaya memikat panel hakim menerusi deklamasi sajak bertajuk 'Mengembara Di Rimba Aksara' nukilan penulis M.Arif.
 ‎
 ‎Naib johan telah disandang oleh Wan Maizatul A'syah Wan Hazman, 12, dari SK Islah manakala pemenang tempat ketiga jatuh kepada Raja Nor Aisyah Raja Norabidin Shah, 11, dari SK Pasir Pekan.

 Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM150 dan RM100 selain piala iringan, cenderamata dan sijil.

 Hadiah-hadiah termasuk saguhati RM50 kepada peserta lain telah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana BBK 2017 Peringkat Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan, yang juga Ketua Editor Bahagian Buku Bahasa DBP, Fauzilahyatun Mustafa.  - UTUSAN ONLINE